Ya, itu hakikat sebenar kehidupan. Tidak semua apa yang kita mahu, berjaya kita perolehi. Begitu juga dengan cinta.
Tapi percayalah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya - madulebah
Aku cukup suka dengan ayat-ayat blogger ini. Akan selalu menjadi renungan pada aku saat-saat aku kembali kepada realiti hidup. Saat aku kembali berpijak pada bumi yang nyata. Saat aku sedar dia takkan pernah aku miliki.
Cintailah dia setinggi angkasa. Kasihilah dia sedalam lautan. Rinduilah dia sesuci sajlu.
Hakikat cinta ini tetap mustahil.
Lantas harapan aku kuburkan. Ku simpan kemas dalam lipatan lenaku. Biar hanya mengema dalam hati. Saat-saat berhadapan dengan dia. Menjeritkan sejuta kata cinta. Melaungkan sekuat guntur. Bahawa cintaku padanya setinggi angkasa. Kasihku padanya sedalam lautan dan rinduku padanya sesuci salju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment